Selasa, 10 November 2009
Sabtu, 24 Oktober 2009
Fwd: Di Sebalik- HANTARAN AL-QURAN
|
Ahad, 13 September 2009
If We Having 4 wives....???
Dahulu kala... Ada seorang raja yang mempunyai 4 isteri.
Raja ini sangat mencintai isteri keempatnya dan selalu menghadiahkannya pakaian-pakaian yang mahal dan memberinya makanan yang paling enak. Hanya yang terbaik yang akan diberikan kepada sang isteri.
Dia juga sangat memuja isteri ketiganya dan selalu memamerkannya ke pejabat-pejabat kerajaan tetangga. Itu karena dia takut suatu saat nanti, isteri ketiganya ini akan meninggalkannya.
Sang raja juga menyayangi isteri keduanya. Karena isterinya yang satu ini merupakan tempat curahan hatinya, yang akan selalu ramah, peduli dan sabar terhadapnya. Pada saat sang raja menghadapi suatu masalah, dia akan mengungkapkan isi hatinya hanya pada isteri ketiga karena dia bisa membantunya melalui masa-masa sulit itu.
Isteri pertama raja adalah pasangan yang sangat setia dan telah memberikan kontribusi yang besar dalam pemeliharaan kekayaannya maupun untuk kerajaannya. Akan tetapi, si raja tidak peduli terhadap isteri pertamanya ini meskipun sang isteri begitu mencintainya, tetap saja sulit bagi sang raja untuk memperhatikan isterinya itu.
Hingga suatu hari, sang raja jatuh sakit dan dia sadar bahwa kematiannya sudah dekat.
Sambil merenungi kehidupannya yang sangat mewah itu, sang raja lalu berpikir, "Saat ini aku memiliki 4 isteri disampingku, tapi ketika aku pergi, mungkin aku akan sendiri".
Lalu, bertanyalah ia pada isteri keempatnya, "Sampai saat ini, aku paling mencintaimu, aku sudah menghadiahkanmu pakaian-pakaian yang paling indah dan memberi perhatian yang sangat besar hanya untukmu. Sekarang aku sekarat, apakah kau akan mengikuti dan tetap menemaniku?"
"Tidak akan!" balas si isteri keempat itu, ia pun pergi tanpa mengatakan apapun lagi.
Jawaban isterinya itu bagaikan pisau yang begitu tepat menusuk jantungnya.
Raja yang sedih itu kemudian berkata pada isteri ketiganya, "Aku sangat memujamu dengan seluruh jiwaku. Sekarang aku sekarat, apakah kau tetap mengikuti dan selalu bersamaku?"
"Tidak!" sahut sang isteri. "Hidup ini begitu indah! Saat kau meninggal, akupun akan menikah kembali!"
Perasaan sang rajapun hampa dan membeku.
Beberapa saat kemudian, sang raja bertanya pada isteri keduanya, " Selama ini, bila aku membutuhkanmu, kau selalu ada untukku. Jika nanti aku meninggal, apakah kau akan mengikuti dan terus disampingku?"
"Maafkan aku, untuk kali ini aku tidak bisa memenuhi permintaaanmu!" jawab isteri keduanya. "Yang bisa aku lakukan, hanyalah ikut menemanimu menuju pemakamanmu."
Lagi-lagi, jawaban si isteri bagaikan petir yang menyambar dan menghancurkan hatinya.
Tiba-tiba, sebuah suara berkata:
"Aku akan bersamamu dan menemanimu kemanapun kau pergi." Sang raja menolehkan kepalanya mencari-cari siapa yang berbicara dan terlihatlah olehnya isteri pertamanya. Dia kelihatan begitu kurus, seperti menderita kekurangan gizi.
Dengan penyesalan yang sangat mendalam kesedihan yang amat sangat, sang raja berkata sendu, "Seharusnya aku lebih memperhatikanmu saat aku masih punya banyak kesempatan!"
Dalam realitanya, sesungguhnya kita semua mempunyai '4 isteri' dalam hidup kita....
'Isteri keempat' kita adalah tubuh kita. Tidak peduli berapa banyak waktu dan usaha yang kita habiskan untuk membuatnya terlihat bagus, tetap saja dia akan meninggalkan kita saat kita meninggal.
Kemudian 'Isteri ketiga' kita adalah ambisi, kedudukan dan kekayaan kita.
Saat kita meninggal, semua itu pasti akan jatuh ke tangan orang lain.
Sedangkan 'isteri kedua' kita adalah keluarga dan teman-teman kita. Tak peduli berapa lama waktu yang sudah dihabiskan bersama kita, tetap saja mereka hanya bisa menemani dan mengiringi kita hingga ke pemakaman.
Dan akhirnya 'isteri pertama' kita adalah jiwa, roh, iman kita,
yang sering terabaikan karena sibuk memburu kekayaan, kekuasaan, dan kepuasan nafsu.
Padahal, jiwa, roh, atau iman inilah yang akan mengikuti kita kemanapun kita pergi.
Jadi perhatikan, tanamkan dan simpan baik-baik dalam hatimu sekarang!
Hanya inilah hal terbaik yang bisa kau tunjukkan pada dunia.
Aduhai lelaki..
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.
2. Bila si dia ego.......
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah untuk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.
3. Bila si dia romantik.... .....
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa selitkan sekali perancangan untuk masa depan bersama.
4. Bila si dia panas baran....... .
Jangan membuat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.
5. Bila si dia penat.......
Jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentang hal yang remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yang secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.
6. Bila si dia pentingkan diri sendiri..... ....
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jangan lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain.
7. Bila si dia mengongkong. ....
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya, takut menjejaskan diri sendiri. Untuk itu, kamu perlu berkata padanya untuk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.
8. Bila si dia selamba..... ..
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yang boleh menarik minatnya. Orang yang selamba ini selalunya ingin kita yang memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana untuk menarik perhatiannya.
9. Bila si dia curang.....
Jangan tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yang berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.
10. Bila si dia lurus bendul......
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.
Sumber: Taman2Syurga
Rabu, 9 September 2009
Nasib Melayu di bumi Melayu - Dr Mohd Ridhuan Tee
JULAI 26 - Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.
Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.
Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.
Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.
Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.
Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.
Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.
Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.
Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.
Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.
Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.
Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.
Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November
1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?
Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.
Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.
Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.
Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.
Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang
(benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?
Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.
Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.
Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?
Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.
Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.
Logik
Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.
Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?
Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat.
Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.
Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.
Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.
Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.
Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.
Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.
Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan. - Mingguan Malaysia
BOHSIA SUCI
Rintihan Bohsia Suci
Hari panas terik. Suasana Section 2 mula lengang semenjak semalam. Memang begitulah selalunya. Mana-mana student ITM yang tiada kelas pada hari sabtu, selalunya akan balik kekampung pada hari semalam. Cuma mereka yang ada kelas saja akan tinggal terus di sini. Itupun tak banyak bilangannya. Dalam pada manusia lain sibuk menguruskan daki-daki dunia, kelihatan dua kujur tubuh sedang cuba menyelesaikan persengketaan yang membelenggui mereka. Terjahan sang mentari seolah-olah tidak dirasakan oleh mereka. Bagi mereka persengketaan ini harus diselesaikan dengan segera demi masa depan perhubungan mereka… .
"Kau suka hidup macam ni barangkali. Berpeleseran dengan budak takde masa depan. Bergaul dengan mamat yang tak pernah kau kenal. Keluar dengan semua jantan yang kau sendiri tak tahu asal-usulnya. Aku dah mati akal mengenangkan kau ni, kau tahu tak?!! Hei Katy! Apa lagi yang kau nak ha?!! Apa lagi yang kau tak dapat daripada aku?!!!" Black menggeleng-gelengkan kepalanya beberapakali sambil tangan depannya menyapu muka. Hampa sungguh rasanya dengan apa yang telah Katy lakukan.
"Kau silap Black. Tak semua orang yang kau nampak tu jahat perangainya. Kau belum pernah kuar ngan diorang macamana kau nak tahu. Aku yang lepak ngan diorang hari-hari, aku tahulah parangai diorang macamana. Kau jangan buruk sangka ngan semua orang Black. tak baik tahu?" Giliran Katy pula bersuara. Baginya dia harus menegakkan apa yang dirasakan benar. Dikiri kanan jalan orang ramai lalu-lalang tanpa sedikitpun menghiraukan apa yang mereka perdebatkan. Mungkin suasana begini sudah tidak asing lagi kepada mereka. Heh! Section 2. apalah yang nak dihairankan..?
"But*h kau!!! Kau biarkan jantan-jantan s*ndal tu peluk kau, raba seluruh badan kau, usik itu, usik ini, cium sampai tak mau-mau,macam tu kau kata baik?!! Aku saja tak cukup ker?!" Jerit Black sedikit kuat. Serba-salah Katy dibuatnya. Kepalanya memerhatikan sekeliling. Mujur orang tak perasan. Memang melampau kau Black!
"Dah memang macam tu cara diorang luahkan kasih-sayang diorang pada aku. aku nak buat macamana? Takkan aku nak 'bite' sekor-sekor pulak? Kau faham la sikit keadaan aku Black." Muka Katy dah mula berubah. Sedih mengenangkan nasibnya yang hidup merempat sejak ibunya menghilangkan diri.Tunduk saja mukanya. Dia tahu kata-katanya itu hanya membangkitkan lagi kemarahan Black. Ternyata apa yang diduganya itu benar. Kalau bukan kerana tempat awam, mungkin dah lama dia meraung sekuat-kuat hatinya.
"Kasih-sayang.. Kasih sayang kepala hotak bapak kau!! Senangnya kau cakap? Betina apa kau ni ha?! Sundal!! Lepas ni aku nak kau berambus dan jangan jenguk-jenguk dalam kawasan aku lagi. Tak kuasa aku nak support kau lagi. Pegi la kau menagih kat jantan-jantan yang kau kata baik tu.Kau paham?!!" Black memusingkan badannya lantas mengatur langkah tanpa sedikitpun menoleh kebelakang. Langkah laksana seorang laksamana rimba yang tak pernah kenal erti gentar.
Dibelakang kelihatan Katy tersedu-sedu menahan tangisan. Tak pernah seumur hidupnya dia dicemuh sampai sebegini rupa. Sejak ibunya tiada,hidupnya memang merempat . Benar-benar mengharapkan perhatian jantan-jantan tu semua untuk berlindung. Mujurlah dia ada pakej paras rupa.Kalau tidak, dah lama dia mati kebulur. Buruk sangatkah apa yang telah dia lakukan? Jahat sangat ker apa yang dah dia buat? Kenapa Black tak pernah nak terima hakikat ini? Katy cuba mengesat airmatanya dari terus keluar. Dia tak mahu ada orang tahu kesedihan yang menimpanya ketika itu. Biarlah segalanya di tanggung sendiri. Mungkin inilah dugaan yang harus ditempuhinya. Hidupnya kini sebatang kara. Dalam masa yang sama kelihatan kanak-kanak berlari keluar dari pengkarangan sekolah menengah section 2 menuju kearah bus stand dimana Katy duduk.
Budak dah habis sekolah. Mesti dah dekat pukul satu ni. kejap lagi bebudak ITM balik. Bisik hati Katy. Dia memang hilang arah betul kini. Dalam hatinya dia berdoa agar ada orang yang masih sudi memberikan perhatian kepadanya dan mengajaknya pulang kerumah. Dapatlah dia mengorat demi mendapatkan sedikit makanan dan tempat untuk berlindung dari panahan terik mentari. Kata-kata Back sebentar tadi masih terngiang-ngiang di cuping telinganya. Sampai hati kau buat aku macam ni Black. selama ni aku serahkan segala jiwa raga aku pada kau. dan akhirnya ini balasan kau pada aku. Barangkali kau dah pun menjumpai betina yang jauh lebih 'raa' dari aku. Hati Katy terus merintis. Sekali-sekala kepalanya tunduk menyembunyikan tangisan.
"Eh! Gebunya minah ni..cute lak tu." Katy menahan senyuman. Orang yang ditunggu-tunggunya sudahpun menunjukkan batang hidung. Student part 04 Fine Metal ini memang sudah lama dia kenali. Tapi selama ini dia hanya mampu memerhatikan dari jauh. Ah! Siapa yang tak kenal Zaki. Cerita tentang kemachoan hati Zaki sudah lama tersebar di section dua. Sudah lama menjadi buat mulut kawan-kawannya. Barangkali juga lelaki separti inilah yang paling dibenci oleh Black!
Zaki mula merapati Kathy. Hati Kathy berdebar-debar menunggu reaksi Zaki selanjutnya. Tangan Zaki mula merayap-rayap ke dagu Kathy. Kathy sengaja tunduk-tunduk malu. Zaki mula mengusik -ngusik rambut Kathy sambil mulutnya tak berhenti-henti memuji ke'cun'an Kathy. Melihatkan respon Kathy yang lampu hijau tu.Selamba Zaki merangkul Katy tanpa menghiraukan pelajar sekolah menengah yang lepak di bus stand itu. Selamba juga Katy membiarkan dirinya dipeluk oleh Zaki dan kononnya malu-malu kucing. Seolah-olah perlakuan sedemikian memang tidak asing lagi pada manusia hari ini.
"Ikut aku balik rumah, nak? Rumah aku line clear..Aku tinggal dua orang je. Tak de sape akan ganggu kau. Kau selamat dengan aku. Boleh? " tanya Zaki seakan merayu. Namun pertanyaan itu tidak terus di jawab olek Katy. Dia hanya tersipu-sipu malu sambil mengerling manja kearah Zaki. Walhal itulah yang diidam-idamkan olehnya. Lepas ni mesti dapat 'makan sedap' . Bisik hati Katy..Zaki mengatur langkahnya menuju kerumah yang tidak sampai sepuntung rokok itu. Tatkala kakinya cuba melangkah masuk kedengaran suara abang Rosli menyapa dari belakang.
"Anak kucing mana pulak yang kau kutip tu Zaki?!!"
KUANG..KUANG..KUANG
KORANG NI KUNING JE OTAK MASING2....
DAH PEGI KEJE...ULAR JE YANG LEBIH......
Fwd: FW: poco-poco yg tersirat.....
kalau betul, kena lah di fatwakan seperti yoga. carilah pihak berwajib supaya boleh di selidiki. kalau tidak, maka ia adalah fitnah semata mata
|
Fwd: FW: Mengapa 'Dia" Boleh Tapi Kita Tidak...
|
Fwd: Kisah Ibu yang berdendam terhadap menantu
|
Fwd: Khasiat dalam sebiji epal/ubat ulcer mulut
Subject: Khasiat dalam sebiji epal/ubat ulcer mulut
__._,_.___ . __,_._,___ |
Sabtu, 5 September 2009
debat tambah bini...
Al-kisah seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, ¿satu¿ is one, ¿dua¿ is two, ¿tiga¿. Isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang ¿singular¿ dan ¿plural¿
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu ¿Singular¿; dua atau lebih ¿Plural¿
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh¿ tambah huruf ¿s¿ untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah ¿s¿ je, kan ?
Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi
Kisah Seorang Tan Sri....
Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya
adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja
dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,
Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi
negara.
Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara
orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan.
Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun
kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak
sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara.
Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju..
Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi
mencapai kesamarataan antara kaum.
Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera
ini bekerja dengan Tan Sri?
Tan Sri: Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30
tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang
bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang
paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.
Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham
syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja
dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata
Tan Sri tadi.
Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji
yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika
mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham
syarikat saya pada mereka.
Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik
orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam
Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak
menyumbang. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?
Tan Sri: ............ . ......... ......... ......... ........
Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam
sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan. Pendapat anda?
WANITA TULANG RUSUK LELAKI
dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu
berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan
akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan
akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang
dicintai. Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan
dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??
Untuk renungan bersama...
Kisah yang penuh iktibar, semoga kita dapat mengambil pengajaran daripadanya.
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti)
Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.... Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada.
Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.
Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.
Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak Kamu tidak cintakan saya lagi!!!.
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.
Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing .
Lima tahun berlalu.
LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali.
Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum..
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.
Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz Selamat tinggal..
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...
10 Laluan menuju ke akhirat..
bertemu Allah...
10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh
Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat:
Bagaimana memudahkannya?
LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air
kecil!)
LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala
LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati
LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH
LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat
LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk
LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram
LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH
LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S.a.w.
LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya