Khamis, 19 Februari 2009

hati - hati


Salam sejahtera,

Penipuan di Maybank2u.com.my, kepada anda yang sering berurusan dengan menggunakan system maybank2u, perlu lebih berhati-hati. Kii terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan duit anda dengan mudah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Saya terima satu email dari maybank2u@security.com, dan menyatakan bahawa system server maybank kini menghadapi masalah oleh itu anda dikehendaki mengemaskini data untuk memastikan maklumat maybank2u anda tidak hilang. (Seperti dilampiran)

Saya juga telah menyemak dengan pihak maybank2u.com careline. Mereka menyatakan bahawa maybank2u.com tidak akan memberi apa-apa arahan untuk menukarkan data atau makluman peribadi pengguna melalui email.

Jika anda memperolehi email sebegini seelok-eloknya abaikan saja.

Sekadar berkongsi maklumat supaya kita tidak tertipu dengan jenayah siber ini.

Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan