Rabu, 2 September 2009

Pesanan Terakhir Rasulullah S.A.W (Isi Khutbah terakhir rasulullah

SAW)

Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9

Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda

menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi

dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku

tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua

selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini

dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini

pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini

sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai

amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada

pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang

lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan

menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala

amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan

yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia

telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara

besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam

perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu,

mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka

menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak

diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah

wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka

kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.

Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh

memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan

dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,

sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan

Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah

ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim

adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak

seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa

dan beramal saleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk

dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.

Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari

landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang

selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia,

nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku

sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua

perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti

kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah

Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada

orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka

yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku

sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi

oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan

iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan

mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis

serta menyebarkannya. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap

kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar

masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya

dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan

memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan

terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan

membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan

berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya

pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari

segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa

yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian

diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta

Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda

bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah

hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi

Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah

memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar." Orang

yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana

DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi

akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta

hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan

terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi banteng yang

kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat

Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat

Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan

syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam

pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali,

insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir

dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya,

Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa

membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada

dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca

ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada

masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,

Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di

sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang

Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2

orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah

mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan

mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang

Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah

seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya

Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. ,

Rasullullah s.a. w. bersabda, " SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Allahu Akbar ! Saya tidak pernah menyangka-nyangka bahwa dengan meneruskan

kalimat ini ke rakan dan saudara sekalian, Allah memberikan saya rezeki

yang tidak disangka-sangka... Memang tidak samp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan