Dipetik dari majlis taklim di Surau Al-Mubarak, Pulau Indah yang
disampaikan oleh Dr. Yusof Muhammad, Fakulti Pengajian Islam UM.
4 hukum istighfar...
1. Sunat
2. Wajib
3. Haram
4. Makruh
1. Sunat
Asal hukum beristighfar adalah sunat. Nabi S.A.W beristighfar tidak
kurang 70 kali setiap hari.
Kalau buat kita dapat pahala, tak buat tak berdosa.
2. Wajib
Jatuh wajib hukum beristighfar setelah menyedari telah melakukan
kesalahan dan maksiat.
Wajib buat, tak buat berdosa. Buat salah & maksiat dah berdosa, tak
beristighfar tambah lagi dosa.
3. Haram
Beristighfar apabila melihat maksiat dilakukan oleh orang lain samada
Islam ataupun bukan Islam. Yang sepatutnya kita ucapkan ialah...
"Nauzubillahi min zalik". (Semoga Allah melindungiku dari dosa &
kezaliman
itu)
4. Makruh
Beristighfar ketika mengiringi jenazah.
Sebenarnya Nabi menyuruh kita perbanyakkan istighfar dan meminta
keampunan bagi si mati setelah jenazah disemadikan di dalam kubur.
Semoga kita mengambil iktibar, amal dan sampaikan kepada ikhwan kita
yang lain...
Sekiranya ada khilaf boleh terus rujuk pada Ustaz tersebut.Wallahu
a'lam...
Sabtu, 28 Mac 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan