Sabtu, 7 Mac 2009

SYAITAN DAN HIDUNG


Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang
dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke
dalam hidung
dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya
syaitan
tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim)

Malah ada orang jatuh cinta kerana

terpesona dengan hidung seseorang.

Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh

syaitan.

Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita
tidur.

Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.

Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan
lubang
hidung,

tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.

Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan

yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.

Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,

macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa)

Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.

Cara nak membersihkannya

Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,

bersihkanlah perlahan-lahan.

Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek

kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan
tertanggal,
boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam

serombong kapal daa.

Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat,

nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah,

setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang

hidung.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya

kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah

dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan

masing-masing).



Akhir kata........



"Walaupun dirimu tidak kukenal,

tetapi lubang hidungmu

tetap menjadi pujaan hatiku"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan