Ahad, 9 Ogos 2009

anak solehah

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat Tabung Haji itu memberitahu namanya dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.

“Tapi, pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak ukup tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,” beritahu pegawai itu lagi.

“InsyaAllah encik. Saya akan cuba bayar seberapa segera,” jaji Pak Uwei.

Berita gembira itu ingin segera di disampaikan kepada isteri kesayangannya. Sebaik keluar dari Tabung Haji dia terus balik ke rumah.

“pah..ooO..Pah!” teriak Pak Uwei sebaik turun daru kereta.

“apa bendanya yang terpekik terlolong ni bang,” tanya Mak Pah.

“ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ni akan tertunai. InsyaAllah 2 bukan lagi kita akan ke sana .. Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai,” cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri.

“betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tak ada dalam senarai,”

“betullah Pa hoi… saya ni baru balik dari Tabung Haji. Cuma bahagian awak tu, tiga ribu lagi kena bayar segera, selewat-lewatnya minggu depan.”

“mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukannya sikit, itu pun lepas duit tambang. Duit kocek mau jugak sekurang-kurangnya seribu.” Mak Pah tenung muka suaminya.

“alah Pah, kita mintak tolong ngan anak-anak kita, si Muaz ngan Balqis. Takkanlah diorang semua tak nak tolong kita. Bukannya banyak, Cuma 2ribu sorang.” Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak-anaknya yang dua orang tu tak akan menghampakan harapannya.

“lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik lah. Boleh kita bawak berunding,” cadang Pak Uwei.

“kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajerlah yang pegi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak kita bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti, nak ke Mekah tapi minta duit anak-anak.” Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei.

“Pah… muaz dan Balqis tu kan anak-anak kita. Kita da puas besarkan diorang, hantar belajar tinggi-tinggi, takkan nak hulur 2 ribu sorang pun tak boleh, lagipun kita tak pernah mintak duit diorang. Tak usahlah awak bimbang Pah..saya yakin anak-anak kita tu tak menghampakan kita kali ni.” Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada dua orang anaknya itu.

“Tapi bang?...”

“Dahlah.. pegi siapkan keja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya telefon bidak-budak tu,” Pinas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balqis pula di pejabatnya.. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.

“insyaAllah abah, Kis balik nanti. Emm..abah nak Kis suruh Intan balik sama?” tanya Balqis.

“ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau ngan Muaz. Intan tu balik ke tidak, sama aje. Balik ye?...” balas Pak Uwei.

Bukannya dia nak membeza-bezakan anak-anak tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu dengar kata menyebabkan dia tersangat geram. Sudahlah malas belajar tidak seperti Muaz dan Balqis yang berjaya memiliki ijazah.
Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab tidak sah. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intak untuk keja kilang mereka bertengkar besar 3 tahun lepas. Kini hubungan mereka seperti orang asing.

“abah tak setuju kau nak keja kilang kat KL tu. Abah nak kau sambung belajar lagi.” Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang.

“Intan dah tak minat nak belajar lar abah, biarlah Intan keja kilang jer.. keja kilang pun bukannya haram.” Bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei.

“aku suruh kau belajar, kau tak nak, kau nak keja kilang. Kau tengok berapa ramai yang rosak akhlak keja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah nanti kalau da jauh buat apa je yang kau suka kan ? Kau nak bebas macam tu?”

“itulah abah, selalu nampak yang buruk jer. Bukan semua yang keja kilang duk kat KL tu jahat abah.. Keja ape dan kat mana pun sama je. Cuma pokok pangkalnya hati. Kalau nak benda jahat dalam rumah pun bolah abah” intan cuba buat abahnya faham.

“kenapalah kau sorang ni lain benar abah tengok. Lain benar dari abang ngan kakak kau. Cube kau tengok akak kau tu, dia tak pernah lawan cakap abah macam kau ni!”

“Intan memang tak sama dengan Kak Balqis abah, Intan suka berterus terang, kalau tak puas hati, Intan cakap depan-depan, bukannya membebel kat belakang,” balas Intan selamba menaikkan lagi darah abahnya.

“anak tak dengar kata! Ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi…kau pergilah… aku da tak larat nak kate ape lagi. Kau nak terlentang ke, terlangkup ke, gasak kaulah? Kau buatlah apa yang kau suka. Abah da malas nak ambik tau.”

Sejak kejadian tu, Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang Intan nak buat. Namun begitu, Intan tetap pulang setiap kali hujung minggu. Dia bersikap selamba biarpun abahnya tak memperdulikannya. Intan selalu menghulur duit tapi hulur pada maknya sahaja.


Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia dah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai makan malam dan berjemaah solat isyak, mereka duduk berborak di ruang tamu.

“sebenarnya abah suruh kau orang balik ni, ada hajat sikit,” Pak Uwei memulakan bicara.

“Hajat ape pulak abah?” tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.

“Abah ngan mak kau nak ke mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan bahagian mak kau masih belum habis bayar, abah ingat nak mintak kau ngan Balqis Bantu sikit. Tak banyak, 2 ribu sorang cukuplah.” Pak Uwei mengutarakan hajatnya.

“Boleh tu bolah abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi bah. Az baru je keluarkan duit simpanan buat duit muka beli rumah.Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan,” ujar Muaz.

“Tapi pegawai Tabung Haji tu minta duit tur dibayar segera selewat-lewatnya minggu depan.”
“Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit budak-budak ni Az keluarkan,” jawab Muaz serba salah.

“”kau beli rumah lagi?.. Rumah yang ada tu ko nak buat ape?” tanya Pak Uwei melindungi kekecewaannya.

“Rumah tu besar sikit abah. Selesalah buat kami sebab budak-budak tu pun sume da besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun tak rugi abah, pelaburam masa depan jugak.” Sampuk Mira isteri Muaz.

Pak Uwei terdiam, harapannya kini cume pada Balqis.

“Kau Qis, macamane? Boleh tolong abah tak? Nanti abah bayarlah balik duit-duit kau tu bila ada rezeki,” Pak Uwei berpaling pada Balqis.

“Qis pun rasenya tak dapat nak tolong.. Qis baru je keluarkan duit simpanan buat tambah modal bisness Abang Man. Angah gawat ni, faham ajelah… ni tak lama ni nak bersalin, nak pakai duit lagi,”

Hancur berderai hati Pak Uwei dengar jawapan-jawapan yang diberikan oleh anak-anaknya.

“Man bukannya tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh, tapi yelah, orang kate kalau nak ke Mekah tak elok pakai duit pinjaman.”

“Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru berkat,” sokong Muaz. Kata-kata Man dan Muaz bagaikan sembilu yang menikan dada Pak Uwei.
Bila dia bertemu muka dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai diketawakan Intan, bila kedua anak-anaknya yang diharap-harapkan menghampakannya.


“Tak apalah kalau korang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi sorang dulu, nanti ada rezeki mak pulak yang pegi,” Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan.

“Kalau kau nak pegi sendiri, da lame saye pegi sendiri Pah! Tak payahlah saya tunggu lama-lama. Kalau awak tak pegi biarlah kita sama-sama tak pei ..dah tak ada rezeki kita nak buat macamana?” Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal.

Intan tahu abahnya betul-betul kecewa. Walaupun orang tua tidak menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu.


“Anak awak tu tak balik ke?” tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tak turut serta balik sama-sama abang dengan kakaknya.

“Tak! Katanya cuti sampai hari Rabu ni,” balas Mak Pah sambil mencapai kain tudungnya.

“Nak ke mana pulak tur?” tanya Pak Uwei bila melihat Mak Pah bersiap-siap hendak keluar.

“Nak ke kedai Long Semah tu, nak belikan anak saya Intan kuih lepat kesukaannya.” Sengaja Mak Pah menekankan suara bila meneybut “anaknya.”
Bukan sekali dua dia menegur Pak Uwei yang suka membeza-bezakan anak..

Pagi Isnin tu lepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar.

“Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi da bersiap ni?”

“Intan ada hal sikit kat Bandar mak. Intan pergi dulu yer.”

“Kalau nak ke Bandar suruhlah abah kau hantarkan,” suruh Mak Pah.

“Tak payahkah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nnti bising pulak abah tu, sini nak pegi, sana nak pegi. Intan pegi dulu lah mak.” Sambil mencium tangan Mak Pah yang menggeleng kepala memerhatikan Intan berlalu pergi.

Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati, membuat anaknya Intan menyisihkan diri.

Ketika Intan pulang dari Bandar tengahari itu mak dan abahnya sedang menikmati makanan tengahari.

“Kau ni Tan, buat ape lama-lama kat Bandar tu? Meh sini makan sekali. Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api.”

“Ingat lagi abah lauk kesukaan Intan rupenya,” usik Intan tak bertangguh terus duduk mencapai pinggan.

“Mak Bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cume anak-anak yang lupakan mak bapak,” jawab Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit.

Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zuhur kemudian dia mendapatkan mak abahnya yang sedang duduk di ruang tamu.
Abahnya sedang membaca suratkhabar, Mak Pah sedang melipat kain.

“Mak, abah… Intan ada hal sikit nak cakap ni…,” ujar Intan menghampiri mak abahnya. Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca.

“Apa hal dengan kau ni Tan…kau nak kawin ke?” soal Pak Uwei merenung Intan. Ketawa Intan meledak tiba-tiba dengan soalan abahnya.

Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei tergelak sama. Mak Pah pun tergelak sama, riang hatinya melihat kemesraan dua beranak yang dulu hilang mula kembali.

“Abah ni… ke situ pulak…”

“Habis tur?”

“Ni Buku Tabung Haji mak. Tadi pagi Intan ambik dalam laci bilik tu. Yang ni, resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan yang ini, 2 ribu buat duit kocek mak ngan abah. Yang 2 ratus lagik ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti.” Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.

“Apa???” Pak Uwei terkejut. Matanya merenung Intan dan duit di tangannya.

“Ini duit simpanan Intan sejak start keja dulu. Duit hasil titik peluh Intan sendiri yang halal Bah, terimalah… Selama ini Intan da banyak kali sakitkan hati abah. Selama ni pun Intan selalu rasa kalah dengan Kak Balqis ngan Abg Muaz. Intan tak pandai macam diorang, tak baik macam Kak Balqis. Kita tau abah selalu kecewa dengan Intan. Tapi kali nih lah Intan nak tunaikan hasrat abah. Dah banyak kali abah tangguhkan niat nak pegi haji tur. Dulu sebab Kak Balqis nak kawin, lepas tu mak pulak tak sihat. Sekarang nil ah masa yang sesuai. Intan harap abah ambik duit yang tak seberapa ni,” tutur Intan sambil memerhatikan airmata yang menuruni pipi abahnya yang sudah tua itu.

“Terima kasih nak… malu rasanya abah nak ambik duit ni.. dulu abah selalu bangga dengan kakak kau dengan abang kau yang keja jawatan tinggi tapi akhirnya anak abah yang keja kilang jugak yang tolong abah,” luah Pak Uwei sambil mengesat airmata terharu dengan keluhuran hati anaknya yang selama ini dimusuhinya.

“Dahlah abah. Yang lepas tur biar lepas. Intan lagi suka kalau abah amik duit tu.”

“Duit yang kau bagi ni terlalu bernilai buat abah dengan mak kau Intan…” ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.

“Hah,,,tulah, jangan suke memperkecil-kecilkan anak saya ni,” Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata kesyukuran.

“Mak ni…kita anak abah jugak….,” gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.


Masa yang di tunggu-tunggu pun tiba. Dengan keriuhan sanak saudara yang datang menziarah Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhatikan dengan perasaan gembira bercampur hiba.

“Semua dah siap ke mak?” tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.

“Dah rasanya….ada apa-apa yang Intan nak belikan kat sana nanti?”

“Tak ada apa mak. Mak tak payah pikir apa yang nak dibeli kat sana mak, yang penting mak dapat tunaikan ibadah dengan sempurna.”

“Hah, awak dengar tur..kita ke sana nak pegi beribadat, bukan nak membeli-belah,” tambah Pak Uwei yang turut serta dalam perbualan dua beranak itu.

“Intan tak nak mak ngan abah belikan satu ape pun dari sana . Intan cume nak nak mintak satu je, doakan Intan bahagia dunia akhirat,” pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei saling berpandangan.
Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan yang tak seberapa itu.


Hanya 2 jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap hati. Perasaan rindu pada anak-anaknya terutama Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpi bertemu Intan di tanah suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memneritahu yang dia akan pergi jauh.

“Kenapa resah jer ni bang?” Mak Pah terjaga.

“Entahlah Pah...saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita.”

“Sabarlah..da nak sampai dah ni..” pujuk Mak Pah.

Dari jauh lagi Pak Uwei dah nmpak Muaz dan Azman menunggu mereka.

“Mak… abah… ,” Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa menahan airmata menitis laju.

“Mana yang lain, kamu berdua je?” Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan.

“Diorang tunggu kat rumah abah,” beritahu Azman suami Balqis sambil mencium tangan Pak Uwei.

“Intan pun tak datang jugak ke?” tanya Pak Uwei menahan rindunya sekian lama pada Intan hampa.

“Awak ni bang… kan Man da kate diorang tunggu kau rumah.” Mak Pah menggeleng, 2, 3 hari ni, nama Intan tak pernah lepas dari mulut suaminya. Perjalanan 3 jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena. Tapi ditenangkan hatinya.

“2, 3 malam sebelum balik ni, abah mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni mesti dia gelihati.” Cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz diam sambil mengerling Azman yang sedang memandu.

“Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi duit tu..” Muaz bergurau walaupun terasa sayu.

“Tapi, abah rase macam ada yang tak kena je Az, dalam mimpi abah tu, abah nampak Intan macam nak bagitau yang dia nak pergi jauh. Tapi dia tak cakap langsung, dia cume tenung muka abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?”

“Err…tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, mesti mak da haus,” ajak Azman menukar tajuk perbualan.

“Tak payahlah...da dekat ni. Abah da tak sabar nak balik,” tolak Pak Uwei.
Azman dan Muaz saling berpandangan.

Sebaik turun dari kereta, Balqis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Ditambah dengan suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan airmata..

“Mak, abah sihat ke?” tanya Mira setelah bersalaman sengan ibu bapa mertuanya.

“Sihat..cume batuk-batuk sikit je. Intan mana, dia tak balik ke?” Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.

“Naik dulu Ngahnya…” suruh Long Semah.

“Intan mana?” Pak Uwei mula hilang sabar bila sorang pun tak bagitau di mana Intan. Pantas dia memanjat tangga menuju bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas bara yang terletak di sebelah katil Intan yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.

“Az..mana Intan nak..? Mana adik kau Az?” tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.

“Sabar bah...,” Muaz menggosok belakang abahnya.

“ Kenapa Az. .kenapa?” Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan.

“Mak..Intan da tak ada mak,” Balqis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah. Pak Uwei terkulai layu tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan.
Bila terjaga dia melihat anak menantu mengelilinya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.
“Sabarlah ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergi pun dengan keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai,” pujuk Long Semah yang masih belum pulang.

“Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tau dia tak dapat hidup lama. Rupa-rupanya dia ada sakit kanser paru-paru. Dia mintak maaf segala salah silap dan pesan supaya kita jangan sedih dengan pemergian dia. Dia mintak kita doakan dia,” Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah.

“Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa arwah tengah nazak?” tanya Mak Pah tersedu-sedan.

“Kami semua ada mak. Dia tabah betul tunggu detik kematiannya mak. Sebenarnya dia yang ajak kitorang semua balik ni, katanya nak ekmaskan rumah sebelum mak abah balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam khamis tu lepas solat Isyak sakitnya datang teruk samapi tak boleh nak bangun. Az nak hantar hospital tapi arwah kata masa dia dah sampai. Masa tu lah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hari Jumaat mak…2 hari lepas. Dia pergi dengan keadaan yang cukup tenang mak.” Cerita Muaz.

Mak Pah menggenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,
“Intan tak nak belikan satu ape pun kat sana , Intan cume nak ngan abah doakan Intan dunia akhirat…”

Moral cerita ... buat baik dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa
sementara mereka masih ada di dunia ini. Harta benda hanyalah
sementara berbanding amalan yg kita lakukan selagi tubuh badan kita
bernyawa. Renung-renungkan. .....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan