Ahad, 9 Ogos 2009

KENTUT

S: Adakah lelaki kentut lebih banyak dari perempuan?

J: Tidak, wanita kentut lebih kurang bilangannya dengan lelaki. Cuma

lelaki lebih berbangga apabila kentut. Bilangan kentut antara individu

mungkin berbeza tetapi ianya tiada kaitan dengan jantina. Jika

seseorang wanita itu kurang kentut, maknanya dia lebih rajin menyimpan

kentut dan melepaskan dengan isipadu gas yang lebih banyak per kentut.

Adakah kentut lelaki lebih teruk baunya dari kentut perempuan? Kajian

saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai konsentrasi

gas berbau yang lebih tinggi dari lelaki. Tetapi kentut lelaki

mempunyai isipadu yang lebih besar. Ini akan menyamakan kedudukan

lelaki dan perempuan yakni bilangan molekul bau yang sama bagi

keduanya.

S: Bilakah seorang lelaki itu boleh jadi dia kentut?

J: Seorang lelaki sejati akan kentut pertama kalinya diwaktu pagi di

dalam bilik air. Jika ianya menghasilkan resonance (dengungan) yang

baik, satu rumah akan dengar. (hahaha)

S: Mengapa kekacang membantu seseorang itu kentut?

J: Kekacang mengandungi gula yang tidak boleh dihadamkan iaitu

raffinose, stachise dan verbacose. Apabila sampai diusus, bakteria

akan berpesta makan dan menghasilkan gas yang banyak. Bahan lain ialah

seperti jagung, kobis, susu, roti, telur, bir dan kismis. Manusia

tidak mampu untuk menghadamkan susu kerana intolerance terhadap

laktosa dan produk tenusu mampu menghasilkan kentut yang banyak.

S: Adakah betul kentut boleh menyalakan api?

J: Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini. Bukan sahaja

api boleh menyambar kedalam punggung, malah pakaian sendiri juga boleh

terbakar. Dalam suatu kajian dalam laman web Fartcloud, lebih kurang

suku daripada bilangan orang yang cuba menyalakan kentut cedera

terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan merbahaya. Jangan dicuba,

anda tentu tak mahu, di hari kematian anda orang ketawa menyatakan

anda mati kerana cuba untuk menyalakan kentut dengan api.

S: Adakah orang yang mencari rezeki dengan kentut?

J: Ada. Pernah tengok 'Just For Laugh' di saluran NTV7 tak lama dulu.

Persembahan pentas dimana seorang lelaki menghasilkan lagu klasik

dengan kentut.

S: Adakah kura-kura kentut?

J: Ya, semua binatang kentut. Kura-kura juga kentut dan bau kentut

kura-kura sangat teruk. Begitu juga dengan ular. Ular Sonoran Coral

dan Western Hook-Nosed kentut dengan bunyi popping yang kuat apabila

diganggu. Kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai suatu

senjata.

S: Haiwan apakah yang mempunyai pengeluaran kentut yang paling tinggi?

J: Percaya atau tidak, binatang yang mempunyai gelaran ini ialah

anai-anai. Kerana diet pemakanan dan proses penghadaman dengan bantuan

bakteria yang lebih banyak dari biasa, mereka menghasilkan metana sama

banyak dengan yang dihasilkan oleh industri. Juga dipercayai anai-anai

turut menyumbang kepada pemanasan global.

S: Bolehkan kita menelan asap dan mengeluarkan semula melalui kentut?

J: Tidak, asap terdiri daripada zarah yang terampai. Apabila melalui

sistem penghadaman, zarah-zarah akan diserap oleh dinding perut atau

larut dalam cairan. Bolehkah kita meninggalkan kesan kuning atau

coklat pada seluar setelah kita kentut? Boleh! Ianya dipanggil "seni

kentut" (fart art). Ia boleh dilakukan dengan cara apabila:

a) Pengentut menghidap cirit-birit

b) Pengentut cuba mengentut dengan sekuat hati (awas! - buasir)

c) Pengentut keliru dengan tekanan dalam perut samada ianya tekanan

daripada gas atau cairan.

S: Bagaimanakah kita boleh tahu benda yang hendak keluar itu adalah

gas, dan bukannya benda yang lebih hebat?

J: Sebenarnya kita boleh membezakannya kerana telah dilatih sejak

kecil lagi. Sensasi yang ingin keluar dapat dibezakan dengan mudah.

S: Adakah dengan menghidu bau kentut orang lain, kentut kita akan

menjadi lebih busuk?

J: Tidak, kentut yang dihidu akan ke paru-paru daripada sistem

penghadaman, dan ianya akan dikeluarkan semula. Jika anda mahu,

cubalah telan gas kentut orang lain..

ANDA TERMASUK GULUNGAN MANA?

1. Orang TIDAK JUJUR

Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2. Orang BINGUNG

Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3. Orang BERWAWASAN 2020

Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

4. Orang SENGSARA

Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. Orang MISTERIUS

Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

6. Orang GUGUP

Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.

7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI

Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang

8. Orang SADIS

Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus dikibaskan baunya.

9. Orang PEMALU

Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.'

10. Orang yang STRATEGIK

Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar

orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

11. Orang b*d*h

Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin

kentutnya yang sudah keluar.

12. Orang PELIK

Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh

13. Orang SOMBONG

Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan

keharuman kentutnya.

14. Orang RAMAH

Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

15. Orang yang tidak senang BERGAUL

Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.

16. Orang AKUATIK

Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air

17. Orang ATLETIK

Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

18. Orang JUJUR

Orang yang mengaku kalau habis kentut

19. Orang PINTAR

Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau

telur atau buah durian.

20. Orang KELAKAR

Orang yang bila ketawa sambil kentut

21. Orang yang ROMANTIK

Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating

22. Orang yang TIDAK SIHAT

Orang yang bila batuk dia akan terkentut

23. Orang yang PANAS BARAN

Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri

24. Orang yang PELUPA

Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia sendiri yang kentut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan